Ir. Muhammad Subhan, M.Sc.
Bismillahirrahmaniraahim
Negara Malaysia merupakan salah satu destinasi bagi para generasi muda Aceh untuk melanjutkan pendidikan sama ada pada peringkat undergraduate, master mahupun doktor. Selain dekat dengan Aceh, pendidikan di Malaysia juga menjanjikan sesuatu yang tidak dijumpai di tempat lainnya. Sesuatu yang lain itu akan anda dapatkan setelah anda menginjakkan kaki anda di sana.
Secara umum, sistem pendidikan di Malaysia berkiblat kepada sistem pendidikan di Inggris. Namun demikian, ciri khas tersendiri tetap dipunyai. Hanya dengan beberapa sahaja universiti awam (public university), pendidikan Malaysia berkembang dengan pesat termasuk jumlah pelajar dari negara luar yang semakin meningkat setiap tahun. Hal ini ditambah lagi dengan adanya beberapa university international semisal International Islamic University Malaysia yang mempunyai mahasiswa yang berasal dari lebih 90 buah negara. Oleh sebab itu, pendidikan Malaysia bukan lagi milik orang Malaysia semata, tetapi ia telah menjadi tempat peraduan pelbagai mahasiswa dari seluruh penjuru dunia termasuk mahaisiswa dari Tanoh Rincong.
Sistem Pendidikan
Di antara hal yang menarik dari sistem pendidikan Malaysia adalah masa pendidikan bagi peringkat strata satu (undergraduate) yang cukup singkat iaitu hanya 3 tahun bagi program Art dan Science, dan hanya 4 tahun bagi program engineering dan medicine (kedokteran). Dengan masa pendidikan yang cukup singkat ini, begitu ramai mahasiswa yang berumur cukup muda (antara 22 - 28 tahun) telah menempuh pendidikan pada program master dan doktor.
Pendidikan Malaysia juga menggunakan sistem kredit semester bagi kelulusan para sarjananya. Ini adalah sistem umum yang juga dipakai oleh negara-negara lain di dunia, termasuk di Aceh. Jumlah kredit yang diperlukan untuk menamatkan sarjana strata satu (undergraduate) adalah lebih kurang 120 unit sahaja.
Selain itu, pendidikan Malaysia pada peringkat strata satu (undergraduate) juga tidak mewajibkan penulisan skripsi dan penelitian. Tetapi para mahasiswa tahun akhir hanya diwajibkan mengikuti practical atau semacam kerja praktek sesuai dengan ilmu mereka. Namun hal yang merugikan adalah tidak banyak universiti di Malaysia yang menerima pelajar luar negara untuk strata satu (undergraduate) ini. Beberapa universiti yang boleh dimasuki oleh pelajar luar negara untuk peringkat strata satu (undergraduate) ini antaranya adalah International Islamic University Malaysia (IIUM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Postgraduate
Pada peringkat postgraduate (diploma master, master, dan doktor) hampir semua universiti di Malaysia dapat dimasuki oleh pelajar luar negara. Masa pendidikan untuk peringkat postgraduate ini adalah antara 2 - 6 semester atau antara satu hingga 3 tahun. Ijazah kesarjanaan yang dianugerahkan (title) adalah mengikut international standard seperti master of art, master of science, master of engineering, master of philosophy, master of engineering science, dan doctor of philosophy (Ph.D). Jumlah unit kredit yang harus diselesaikan untuk mendapatkan gelar master adalah 36 - 48 unit, sedangkan untuk program doktor adalah 45 - 60 unit.
Kewangan (financial)
Pendidikan adalah investasi yang mahal. Itulah yang sering dikatakan orang mengenai jumlah wang yang harus dikeluarkan untuk mengikuti suatu pendidikan. Bila dibandingkan dengan pendidikan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Inggris, Canada, Australia, dan lain-lain, maka pendidikan di Malaysia jauh lebih murah. Malah bila dibandingkan dengan beberapa negara ASEAN pun, pendidikan di Malaysia masih tergolong relatif murah.
Untuk program undergraduate, biaya pendidikan per semester adalah antara 700 sehingga 1300 ringgit. Nilai ini memang agak mahal bila dibandingkan dengan biaya untuk program undergraduate di beberapa negara ASEAN lainnya. Tetapi dengan tawaran masa pendidikan yang singkat menjadikan biaya ini sesuatu yang menarik untuk dipertimbangkan.
Untuk program postgraduate, biaya pendidikan per semester adalah antara 900 sehingga 3600 ringgit bergantung jenis program dan peringkat program (master atau doktor) yang diambil dan universitinya. Misalnya untuk program master jenis Art dan Science biaya pendidikan per semester adalah 900 sehingga 1600 ringgit sahaja. Sedangkan untuk program doktor bidang bisnes biayanya sampai 3600 ringgit.
Bantuan Kewangan
Adakalanya kita tidak perlu membayar seringgit pun untuk biaya pendidikan tersebut bila kita memperoleh bantuan kewangan. Ada pelbagai jenis bantuan kewangan yang boleh didapatkan antaranya biasiswa, bantuan research, pinjaman, zakat, bantuan mengajar, dan sebagainya. Semua bentuk bantuan kewangan ini bergantung kepada universiti tempat kita menuntut. Besarnya bantuan kewangan ini biasanya adalah antara 600 - 1500 ringgit per bulan. Yang perlu diingat adalah bantuan kewangan ini adalah sangat terbatas dan bergantung kepada prestasi atau kemajuan akademik yang anda capai.
Kehidupan Kampus
Semua public universiti di Malaysia mempunyai asrama bagi tempat tinggal para mahasiswanya. Hampir semua asrama tersebut terletak dalam kawasan kampus dan ada beberapa juga yang terletak di luar kampus, namun masih berdekatan juga. Sebahagian universiti hanya menyediakan asrama ini untuk pelajar peringkat undergraduate, tetapi kebanyakannya universiti menyediakannya untuk mahasiswa semua peringkat. Untuk mendapatkan asrama ini kita perlu membayar wang sewa yang biasanya antara 300 - 600 ringgit per semester. Harga ini sangat murah dan jimat berbanding wang sewa rumah di luar kampus.
Pada dasarnya, kampus di Malaysia ibarat sebuah perkampungan iaitu perkampungan pelajar. Ini kerana di dalam kampus selain terdapat asrama pelajar juga terdapat perumahan kaki tangan (staff) dan pengajar universiti. Semua kemudahan lain seperti kantin, toko, bank, hotel mini, masjid dan surau, padang bola dan sport lainnya termasuk kolam renang, sekuriti, internet dan lain sebagainya banyak terdapat dalam kampus. Inilah yang dikatakan sebagai perkampungan pelajar.
Kehidupan kampus lainnya adalah suasana belajar yang tenang kerana semua kampus di Malaysia merupakan sebuah kompleks yang tak dapat dimasuki oleh sebarang orang yang tidak mempunyai kepentingan. Kehidupan kampus adalah kehidupan yang bercirikan akademik dan intelektual. Kerana itu, suasana hiruk-pikuk dan kebisingan adalah tidak wujud di kampus. Selain itu, masa pembukaan perpustakaan yang panjang iaitu dari pukul 8 pagi sehingga pukul 11 malam turut menambah keseronokkan belajar di dalam kampus.
Satu lagi kehidupan kampus yang paling menyenangkan adalah suasana kampus yang terdiri dari perbukitan yang menghijau yang diselangi dengan hutan-hutan kecil yang asli yang dibelah oleh jalan-jalan kampus yang berkelok-kelok dikelilingi oleh permaidani rumput yang tebal dan hijau adalah suatu pengalaman yang tak akan terlupakan. Kebersihan yang selalu dijaga dan rumput yang selalu dipotong dan rapi merupakan ciri-ciri kampus di Malaysia. Inilah yang membangkitkan selera ramai mahasiswa untuk melakukan jogging pada setiap pagi dan petang hari di sekitar kawasan kampus.
Pertanyaan
Adalah sangat disedari bahawa keterangan ini adalah tidak mencukupi untuk memberi penjelasan yang memuaskan semua pengunjung website ini. Sebarang pertanyaan sama ada mengenai kewangan, biasiswa, dan sebagainya dapat menghubungi pengurus TARSA - IIUM melalui e-mail: tarsa.iium@gmail.com


